Microsoft Malaysia hari ini menerbitkan laporan Tren Indeks Kerja 2023 mereka untuk Malaysia. Malaysia antara 31 negara terlibat dengan kajian mengenai hala tulu kerja yang melibatkan 31,000 responden. Antara isu yang hangat diperkatakan oleh golongan pekerja ialah mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), penggunaan masa dan bagaimana landskap pekerjaan akan berubah dalam masa terdekat.

Sebanyak 62% responden yang terlibat dalam kajian tahun ini menyuarakan kerisauan kerja mereka akan digantikan oleh AI. Tetapi 84% responden turut mengaku mereka menggunakan AI sebanyak yang mungkin untuk mengurangkan beban kerja harian mereka. Turut didapati golongan pengurus merasakan AI amat berguna untuk meningkatkan produktiviti dan lebih baik berbanding digunakan untuk mengurangkan tenaga kerja.
Pekerja dalam kajian yang sama, 77% responden turut mengadu tidak mempunyai masa dan tenaga mencukupi untuk menyiapkan kerja. Dalam hal ini mesyuarat yang tidak cekap adalah sebab utama produktiviti terganggu di tempat kerja.

Akhir sekali 76% responden di Malaysia mengakui mereka tidak mempunyai kemampuan yang sepatutnya untuk menyiapkan kerja. Microsoft berkata kerjasama antara manusia dan AI akan menjadi antara kemampuan yang perlu ada pada pekerja.
Sinergi antara manusia dan AI mungkin akan menjadi norma baharu dalam masa terdekat. Ini mungkin antara faktor mengapa Microsoft mengintegrasikan AI ke dalam semua produk mereka sejak dua bulan kebelakangan ini di bawah sistem CoPilot.
- Sumber
- Microsoft


