Kajian: Orang Yang Selalu Lambat Lebih Bahagia Dan Hidup Lama

7 Oct 2023 • 12:54 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kajian melaporkan sesiapa yang selalu lewat kurang tertekan

Kajian: Orang Yang Selalu Lambat Lebih Bahagia Dan Hidup Lama. Penyakit lambat atau lewat ke sesuatu temu janji sebenarnya penunjuk positif bahawa seseorang itu mampu untuk mengendali tekanan sehingga mereka meramalkan orang-orang yang ada tabiat ini akan hidup lama dan lebih bahagia, menurut laporan.

Difahamkan, orang yang selalu lewat kurang tertekan dengan tarikh-tarikh yang telah ditetapkan atau mengejar sesuatu dalam masa yang singkat sehingga menyebabkan tekanan.

image is not available
Sumber: vocket

Tidak seperti orang yang berusaha untuk sentiasa menepati masa, orang yang sentiasa lewat tidak membenarkan masa memberi tekanan kepada mereka, memetik vocket.

Mempunyai pandangan hidup yang lebih baik

Selain berasa lebih baik dan sihat, orang yang selalu lewat cenderung mempunyai pandangan hidup yang lebih baik dan yakin.

Susulan itu, daripada memberi tumpuan negatif atau takut jadi orang paling lewat sepanjang masa, kumpulan ini dapat menjalani kehidupan terbaik mereka.

image is not available
Sumber: lifepal

Bagaimanapun, jika sesuatu perkara itu tidak melibatkan orang, seperti temu janji yang melibat ramai orang,  anda mungkin boleh lebih santai dan bersahaja. Lewat sikit pun tidak mengapa.

Baca juga artikel yang terkini: