Kajian penubuhan Suruhanjaya Pekerja Ekonomi Gig dibentang kepada kabinet esok

4 Jun 2024 • 4:20 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

Laporan interim pertama kajian penubuhan Suruhanjaya Pekerja Ekonomi Gig akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri esok, menurut Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Beliau berkata laporan yang disediakan dengan kerjasama Universiti Malaya itu merupakan kertas makluman kerangka kerja bagi penubuhan suruhanjaya berkenaan.

“Selepas ini kita akan mendapatkan input-input tambahan daripada Jemaah Menteri, maka kita akan membuat perincian lanjut dan kertas muktamad akan siap pada Ogos nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran tajaan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dan memorandum persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Grab Malaysia di sini hari ini.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Dalam perkembangan lain, Sim berkata pelanjutan tempoh pendaftaran dan caruman pekerja sempena Bulan Pemutihan selama sebulan hingga 30 Jun ini menyaksikan pertambahan hampir 50 peratus jumlah pendaftaran serta caruman.

Beliau berharap lebih ramai majikan tampil mendaftar dan membayar caruman pekerja mereka sebelum hujung bulan ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.