Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony

LocalPolitics
3 Feb 2026 • 1:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anthony Loke

KUALA LUMPUR - Cadangan untuk mengkaji pelaksanaan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur bukan perbincangan dibawa DAP semata-mata, malah ada figura politik lain yang turut membangkitkan saranan berkenaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berhubung satu kajian dijalankan mengenai pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

"Konsep pemilihan Datuk Bandar ini bukannya perkara baharu pun. Di seluruh dunia, banyak negara demokrasi memang ada pilihan raya Datuk Bandar, jadi saya tidak nampak ini satu kontroversi, hanya kajian untuk lihat sekiranya ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya.

"Malah Ahli Parlimen lain di Kuala Lumpur termasuk daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti Nik Nazmi Nik Ahmad turut menyokong usaha ke arah pendemokrasian DBKL," ujar Anthony ketika ditemui pemberita selepas meninjau operasi di Terminal Bersepadu Selatan, di sini, pada Selasa.

Tambah Anthony, kedudukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berbeza daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) lain kerana Datuk Bandar Kuala Lumpur dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong menerusi Kerajaan Persekutuan, bukannya kerajaan negeri yang dipilih rakyat.

"Jadi ini yang kita nyatakan bahawa ada usaha ke arah pendemokrasian untuk DBKL. Ini hanya satu kajian yang perlu dilakukan bagi melihat kebolehlaksanaannya.

"Tidak perlu mana-mana pihak cuba polemikkan. Ini satu kajian sahaja di peringkat DBKL, kita bincang kebaikan dan keburukan serta kelebihan dan kekurangan. Jangan diperbesarkan isu kerana ia belum pun dilaksanakan," kata Anthony. - Awani 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved