Kajian potensi Maliau Basin

14 May 2024 • 4:23 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Tinjauan Sumber dan Hidupan Liar Lembangan Maliau selama dua minggu dijangka akan meneroka khazanah alam tersembunyi di Maliau Basin dan memantapkan lagi usaha pemeliharaan sumber hutan di Sabah.

Pengarah Yayasan Sabah Datuk Seri Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar berkata tinjauan itu, yang bermula semalam (Isnin) bertujuan untuk mengumpul menyusun data penting bagi Kawasan Konservasi Lembangan Maliau (MBCA) dan kawasan sekitarnya untuk Pelan Pengurusan MBCA.

Tinjauan ini merupakan yang kedua, berikutan tinjauan pertama yang dijalankan pada 2013.

“Kumpulan Yayasan Sabah kini sedang merangka Pelan Pengurusan Strategik MBCA ketiga.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more “Oleh itu, tinjauan sumber dan hidupan liar yang meluas sedang dijalankan untuk mengumpul maklumat terkini tentang biodiversiti flora, fauna dan spesies haiwan di MBCA dan kawasan sekitarnya,” katanya dalam kenyataan.

MBCA, dikenali dengan hutan hujan asli dan kepelbagaian biologi menakjubkan, kerap digelar Sabah’s Lost World ekoran keunikan landskap yang belum diterokai sepenuhnya.

Tinjauan itu juga akan mendokumentasi kepelbagaian dan pengedaran hidupan liar, menilai potensi pembangunan pelancongan, dan mengenal pasti topik penyelidikan untuk kajian masa depan.

Tinjauan itu membabitkan 100 peserta, termasuk penyelidik terkemuka, agensi kerajaan, dan staf sokongan.

Sebanyak sembilan lokasi dikenal pasti untuk tinjauan ini, dengan peserta ditempatkan secara komprehensif untuk memaksimumkan liputan radius seluas 5km.

Diterajui oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah serta jawatankuasa penganjur yang terdiri dari Jabatan Perhutanan Sabah, Taman-Taman Sabah, Hutankocp, WWF-Malaysia, Sabah Environmental Trust, Sabah Tourist Guides Association serta beberapa universiti.

Apabila tinjauan berakhir, seminar akan diadakan untuk membentangkan segala penemuan.

“Inisiatif ini akan berakhir dengan laporan komprehensif, bagi membantu penggubalan Pelan Pengurusan Strategik MBCA.

“Kami juga berhasrat untuk menyemak pelan pengurusan sedia ada dan meneroka metodologi baharu dengan teliti.

“Ini akan dicapai melalui pendekatan kolaboratif, memastikan pelbagai perspektif diambil kira untuk memberi manfaat kepada alam dan kemanusiaan,” kata Gulamhaidar.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article