Kajian risiko cerun Cecily siap

LocalEnvironment
28 Jun 2025 • 9:48 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Kajian berkaitan projek Pemetaan Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) di kawasan Cecily, di sini, yang mengambil masa empat bulan sejak 26 Februari lalu, siap sepenuhnya.

Laporan PBRC itu kelak akan membantu pihak berkaitan untuk menjalankan aktiviti pengurusan bencana, terutamanya dikawasan tanah runtuh dan perancangan pembangunan di kawasan itu.

Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Sabah, Dr Frederick Francis Tating berkata laporan kajian tersebut turut mempunyai data kawasan berpotensi berlaku bencana berdasarkan kepada tahap yang dikenal pasti.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Laporan ini bukan sahaja memberikan penilaian terperinci mengenai tahap kerentanan tanah runtuh di kawasan kajian, malah menyediakan panduan penting kepada agensi-agensi perancang pembangunan dalam menentukan kesesuaian lokasi bagi projek-projek masa depan,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan Laporan PBRC itu kepada agensi berkepentingan negeri Sabah di sini, yang turut disaksikan oleh Pemimpin Kemajuan Masyarakat Karamunting, Datuk Chew Kok Woh.

“Kita telah hasilkan tiga peta utama iaitu peta kerentanan, peta bahaya dan peta risiko,” kata Frederick.

“Selain itu, peta kesesuaian pembangunan turut dihasilkan untuk membantu perancangan pembangunan secara lebih berkesan,” jelas Frederick.

Kawasan kajian dikategorikan kepada empat kelas berdasarkan faktor geologi dan bentuk muka bumi, yang masing-masing mempengaruhi tahap risiko serta kos pembangunan.

Kelas Satu merangkumi kawasan rata dan kurang risiko, manakala Kelas Empat melibatkan kawasan berbukit dan mempunyai tekanan geologi yang tinggi, memerlukan kajian intensif dan kos yang lebih tinggi.

JMG memaklumkan bahawa semua hasil kajian telah diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal berkaitan. Jika perlu, JMG bersedia memberi taklimat lanjut dan sokongan teknikal kepada mana-mana agensi perancang atau pelaksana pembangunan.

“Maklumat ini amat penting bagi memastikan pembangunan di kawasan berisiko tinggi dilakukan secara berhati-hati dan dengan langkah mitigasi yang sesuai,” tambahnya.

Kajian ini dijangka menjadi rujukan utama dalam usaha kerajaan memperkukuh keselamatan infrastruktur serta mengurangkan impak bencana alam seperti tanah runtuh di masa akan datang.

Menurutnya lagi, JMG juga mengenal pasti beberapa lokasi di kawasan Cecily yang mempunyai keperluan untuk pemasangan Sistem Amaran Awal (EWS) sebagai langkah awal mengesan aktiviti pergerakan tanah runtuh.

Sementara itu, Chew berkata laporan PBRC akan membantu dalam penelitian terhadap kawasan berisiko sekali gus membuat perancangan bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

“Dengan maklumat yang tersedia ini, kita akan berhati-hati sekiranya terdapat sebarang perancangan untuk membangunkan kawasan Cecily,” kata Chew.