Kajian semula struktur percukaian, SARa antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

27 Mar 2024 • 8:32 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hari ini ialah hari terakhir Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung selama 19 hari bermula 26 Februari lepas. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Langkah kajian semula struktur percukaian semasa dan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) antara isu yang menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat melalui laman rasmi Parlimen, isu mengenai langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian Kewangan untuk mengkaji semula struktur percukaian semasa dengan mengambil kira keperluan perubahan ekonomi semasa akan dibangkitkan Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) pada sesi soal jawab.

Pada sesi sama, Zahari Kechik (PN-Jeli) meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah penerima dan peruntukan yang telah disalurkan oleh kerajaan melalui SARa.

Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) pula mahu Menteri Dalam Negeri menyatakan status terkini projek rintis pelaksanaan agensi tunggal sempadan negara (SBA) bagi mengawal selia 141 pintu masuk negara dan sasaran tarikh agensi baharu ini dijangka mula beroperasi.

Persidangan hari ini juga menyaksikan dua rang undang-undang akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua iaitu Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024 dan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2024.

Hari ini ialah hari terakhir Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung selama 19 hari bermula 26 Februari lepas. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved