Kajian Separuh Penggal RMKe-12 dapat memacu pertumbuhan Malaysia: Anwar

Politics
8 Sep 2023 • 11:23 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKe-12) akan dapat memacu pertumbuhan Malaysia yang lebih seimbang dan mapan pada masa hadapan.

Menurut beliau, KSP RMKe-12 adalah satu lagi tindakan kerajaan dalam menjelmakan agenda Ekonomi Madani yang diusulkannya dan ia adalah dokumen kebijakan yang signifikan dalam menentukan hala tuju pembangunan sosioekonomi negara yang seimbang dari segi pemikiran, spiritual dan material berteraskan nilai-nilai Madani.

“Dasar dan inisiatif yang bakal saya umumkan ini bukan sahaja dibentuk daripada pemikiran di kementerian-kementerian tetapi juga berpandukan kepada permasalahan, keperluan dan keutamaan rakyat, komuniti perniagaan serta kesemua negeri,’’ katanya menerusi hantaran di dalam Facebook beliau.

Tambah Perdana Menteri, beliau dijadual membentangkan kajian tersebut di Dewan Rakyat pada Isnin ini.

“Sehubungan itu, petang tadi saya telah menerima dokumen KSP RMKe-12 daripada Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan diapit timbalannya Datuk Hanifah Hajar Taib serta Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron,’’ ujarnya. – 8 September, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved