“Kak Chempaka Cool Je” – Azhar Sulaiman Ajak Sophia Albarakbah Karaoke, Nak ‘Karok’ Lagu Sayang Sayang

EntertainmentMusic
11 Oct 2023 • 2:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Azhar Sulaiman hari ini dilihat memuat naik satu hantaran di Instagram di mana dia mengajak aktres jelita, Sophia Albarakbah untuk berkaraoke bersama-samanya.

Dengan nada berseloroh, Azhar menjemput Sophia untuk menyanyikan lagu Sayang Sayang, nyanyian asal Aliff Aziz.

image is not available

Sumber : Instagram  

Sophia jom ikut Behar pergi karaoke. Behar nak paksa you dengar Behar nyanyi lagu Sayang Sayang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut media sosial pelakon filem Love, Supermoon itu berasa terhibur malah turut dibalas santai oleh Sophia apabila dia ada ‘memetik’ nama isteri Azhar, iaitu Chempaka.

Okay abang JOM! Takpe Kak Chem (isteri Azhar) cool je.

Terdahulu, nama Sophia Albarakbah kembali menjadi tumpuan warga maya apabila dia dilihat hadir ke malam konsert minggu ke-3, All Stars Gegar Vaganza pada hari Ahad yang lalu.

Muncul dakwaan yang mengatakan Sophia hadir ke konsert tersebut bagi menonton persembahan Aliff Aziz sebaliknya menafikan dan memaklumkan bahawa dia hadir bagi memberikan sokongan buat sepupu, penyanyi Aisha Retno.

Sebaliknya, isteri Aliff Aziz iaitu pelakon Bella Astillah menganggap penafian Sophia itu sebagai palsu dan hanya memutar belit cerita.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 9 hours ago

"Kena Pindah Marikh La Kot Keluarga Kami" - Aisha Retno Respon Kritikan Yang Diterima Sophia Albarakbah

 

View Original Article