Kak KM Demam, Menangis Dari Pagi Gara-Gara Difitnah Isu Feng Shui Dan Solat

21 Nov 2023 • 11:51 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Siapa tak kenal dengan usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli yang sering dikaitkan dengan isu kontroversi.

Baru-baru ini, Kak KM dikecam selepas tular video menunjukkan Kak KM mengulas isu feng shui dalam urusan jual beli tanah.

Ada segelintir netizen menasihati Kak KM supaya tak mempercayai perkara khurafat sebaliknya melakukan solat dua rakaat untuk kaya raya.

Tetapi, video tular itu dipercayai hanya salah faham dan Kak KM mendakwa dirinya telah difitnah. Kenyataannya juga telah diputar belit membuatkan usahawan ini dilihat seolah-olah mempersoalkan mengenai kuasa solat.

Anak sulung Kak KM iaitu Bella turut mempertahankan ibunya berharap penfitnah yang menganiaya ibunya menerima musibah yang teruk.

@smexyshawty

mak aku mmg taknak buat penerangan, itu keputusan & hak dia. tapi aku anak takkan diam kalau org buat mak aku. aku harap babi2 yg memfitnah & menganiaya mak aku ni akan dapat musibah yg sgt teruk. amin ya rabb.

♬ original sound – bukan bella

Dalam satu rakaman suara, Kak KM menjelaskan perkara sebenar dan mengakui ‘down’ teruk. Kak KM dipercayai menangis sepanjang hari sehingga jatuh sakit.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.