Kak KM ziarah kubur, pesan -“Esok aku meninggal pun tak mau naik batu bagai”

16 Apr 2024 • 4:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Baru-baru ini, usahawan sensasi Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli berkesempatan ziarah kubur arwah bapanya bersama keluarga pada hari raya Aidilfitri.

Perkongsian itu dibuat oleh Kak KM yang juga anak pelakon veteran Normah Damanhuri menerusi platform Instagram miliknya.

image is not available

Kak KM ziarah kubur arwah bapa

Menerusi hantaran tersebut, usahawan jamu sensasi itu dilihat pergi ziarah kubur arwah bapanya selain menyifatkan arwah seorang insan yang baik.

Malah, Kak KM juga menyifatkan arwah bapanya tidak pernah mempunyai perasaan dengki atau iri hati terhadap orang lain.

“Arwah papa Rosli orang baik yang tiada dosa sesama manusia. Tak tahu nak busuk hati, iri hati apatah lagi dengki.
“Dia orang baik. Ya Allah, semoga Kau tempatkan papa Rosli dalam kalangan orang-orang beriman dan tempatkan papa di syurga Mu ya Allah (emoji menangis),”titip Kak KM dalam ruangan kapsyen hantaran tersebut.

image is not available

Nanti mati tak nak naik ‘batu’

Sementara itu, Kak KM memberitahu dia pernah berpesan kepada anak-anak sekiranya dia meninggal dunia suatu hari nanti, dia hanya inginkan pusara miliknya ditanda dengan batu nisan sahaja.

“Dekat sini memang tiada siapa boleh buat tanda naik batu bagai. Nanti ingat aku tak mampu pula. Korang yang kubur elok-elok macam rumah banglo melawat tak.
“Aku pesan siap dah kat anak-anak, esok aku mati pun tak mahu naik batu bagai,”pesannya.

image is not available

Suka hatilah nak cium kubur!

Dalam pada itu, Kak KM sempat membidas komen-komen netizen yang mempersoalkan tindakannya mencium batu nisan bapanya ketika sesi ziarah berkenaan.

“Suka aku lah nak cium kubur bapak aku bukan bapak kau,”bidas usahawan jamu tersebut.

image is not available

Jagalah adab, tutup aurat!

Dalam perkongsian itu, Kak KM menerima pelbagai kritikan warganet di mana mereka menyifatkan usahawan itu seolah-olah tidak menghormati adab ketika menziarahi tanah perkuburan.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: Instagram @lianarosli_official