“Kak, Layanlah Customer Ni..”, Oyen ‘Peniaga’ Sombong, Beri Jelingan Maut Bila Dipanggil

14 Jul 2023 • 1:09 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

“Kak, Layanlah Customer Ni..”, Oyen ‘Peniaga’ Sombong, Beri Jelingan Maut Bila Dipanggil

Dalam banyak-banyak perkara dalam dunia ini, kemungkinan perangai comel yang ditunjukkan oleh kucing, manusia tidak akan penat untuk melayaninya. Itu pun kalau haiwan bulus itu tidak membuat perangai, betul tak?

Dengan lenggok manjanya dalam mengiau, siapa sahaja yang tidak cair lebih-lebih lagi kucing oren atau dikenali Oyen. Baka tersebut sememangnya memegang hati kecil orang ramai dek kerana gelagatnya yang spontan.

Misalnya, seperti video yang dikongsikan oleh pengguna @eunoia.assy di TikTok, yang memaparkan seekor Oyen sedang sedap ‘landing’ di dalam tempat bekas jualan yang terletak di gerai.

Dalam video tersebut, ia memaparkan Oyen yang sedang melayani hari-hari rehatnya diganggu oleh pelanggan yang mahu membeli di gerai tersebut.

Oyen yang bercampur warna putih itu sedang duduk di gerai kosong dan tempat didiaminya itu merupakan peralatan jualan hidangan minum petang, iaitu pisang nipah dan keropok lekor.

image is not available
Kredit: @eunoia.assy/TikTok

Secara kebetulan, Oyen duduk di tempat yang mempunyai tanda pisang goreng nipah membuatkan wanita tersebut mula menganggunya dengan cara mahu membeli makanan.

Wanita tersebut cuba untuk memanggil Oyen kerana mahu membuat pesanan namun kucing bulus itu tidak mengendahkan panggilan itu.

Malah kucing itu juga tidak memusingkan kepalanya selepas dipanggil berkali-kali.

“Pelanggan dekat depan, layanlah pelanggan ni,” rayu wanita tersebut dengan nada berseloroh.

Gelagatnya berjaya mencuit hati wanita tersebut kerana Oyen mula memberikan jelingan maut selepas dipanggil berkali-kali.

image is not available
Kredit: @eunoia.assy/TikTok

Tangannya diletak pada badan melihatkan haiwan itu benar-benar sedang beristirahat daripada bekerja.

“Pisang habis ya. Kalau dah habis beritahu lah. Jeling-jeling pelanggan pula,” ujarnya.

Reaksi orang ramai

Rata-rata warga maya terhibur dengan gelagat Oyen kerana memberi jelingan maut sekali gus menggunakan perkataan terkenal pada situasi itu iaitu ‘side eyes’.

Mereka turut mengatakan Oyen tersebut pandai memberi jelingan maut kepada wanita itu menunjukkan ia berasa jengkel.

Bombastic side eyes dia bagi,” kata salah seorang warga maya sambil menambah emoji ketawa di belakang ayat.

“Kena jeling mat,” tambah mereka lagi.

“Oh macam ini rupanya pisang nipah,” ujar netizen.

Video Oyen ini boleh ditonton di bawah.

@eunoia.assy

Jem palo mmber nk menjawab pisang abis Oyen mmg mcm ii perangai kan#fyp #oyenbuathallagi #foryoupage

♬ original sound – nrassyuraa – nrassyuraa

Sumber: @eunoia.assy/TikTok