“Kak Long Bila?” – 7 Tahun Kahwin Tapi Belum Ada Anak, Wanita Trauma Nak Balik Kampung Lepas Kena Banding Dengan Adik Bongsu

LocalFamily & Parenting
4 Jul 2025 • 4:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bagi setiap pasangan yang berkahwin, memiliki cahaya mata adalah impian yang dinanti-nantikan untuk melengkapkan rumah tangga.

Namun, tidak semua diberi rezeki awal. Seorang wanita meluahkan kesedihan di Threads apabila masih belum dikurniakan zuriat walaupun sudah hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

image is not available

gambar hiasan

Lebih menyedihkan, dia turut berdepan tekanan daripada orang sekeliling yang sering bertanya soal anak lebih-lebih lagi apabila adiknya yang baru berkahwin kini sudah ‘berbadan dua’.

Saya anak sulung dan dah kahwin hampir 7 tahun. Adik bongsu kahwin, bunting pelamin.

Wanita itu mengakui hatinya luluh apabila ada yang membandingkan dirinya dengan adiknya yang kini hamil selepas baru sahaja mendirikan rumah tangga.

image is not available

gambar hiasan

Lebih memilukan, semua itu berlaku ketika orang lain sedang bergembira menyambut Hari Raya, membuatkan dia rasa tersisih dan tertekan di saat sepatutnya dia turut berbahagia.

Haritu raya, malam tu anxiety menyerang. Menangis dengan ketar-ketar satu badan, sesak dada. Menggigil berpeluh bila orang tanya ‘Adik cepat lekat, senang je. Kak long bila lagi? Kalah lah kena potong macam tu je dengan adik.’

Orang cakap dekat mak ‘Akhirnya dapat juga merasa cucu. Adik bagi dulu, kakak lambat lah’.

Mengakui trauma dengan pengalaman tersebut, dia turut meluahkan kebimbangan untuk berkumpul beramai-ramai di kampung halaman pada masa akan datang.

Sekarang rasa trauma nak balik kampung berkumpul ramai-ramai. Rasa macam diri saya ni perempuan dan isteri tak berguna.

 

View on Threads

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dan menyatakan mereka memahami situasi yang dialami oleh wanita itu.

image is not available image is not available image is not available

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 1 week ago

Isteri Azlan Komeng Luah Rasa Kurang Selesa Perut Dipegang Ketika Hamil - "Orang Yang Saya Kenal Pun Tak Buat Macam Tu.."