Kak Long terbaik! Bella Astillah jadi malim gunung dukung adik turun Gunung Kinabalu

LocalEntertainment
26 Jan 2025 • 2:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi yang juga pelakon bertubuh genit, Bella Astillah jadi malim gunung buat adiknya sendiri, Didi Astillah ketika menuruni Gunung Kinabalu, baru-baru ini.

Perkara itu dikongsikan oleh Didi atau nama lengkapnya Dayang Nazillah Awang Astillah, 29, menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Dalam hantaran terbabit, Didi memuat naik video memaparkan Bella sedang mengendongnya menuruni gunung berkenaan.

Dedah Didi, dia mengalami keletihan yang melampau menyebabkan dirinya tidak mampu meneruskan perjalanan menuruni gunung tersebut.

“Masa ini sudah mula rasa tak larat yang teramat sangat dan panik bila tengok tempat tinggi, rasa gayat sampai menangis,”katanya.

image is not available

image is not available

Bella Astillah jadi malim gunung

Apa yang membuat hatinya tersentuh, Bella dengan rela hati menawarkan diri untuk mendukung adiknya itu bagi memastikan mereka dapat meneruskan cabaran itu.

“Kak Long (Bella) pujuk dan angkat terus masa ini. Kakak sendiri jadi malim gunung.
“Bella memang Kak Long terbaik dalam dunia,”ujarnya.

image is not available

@didi_angel_astillah

Time ni dah start rasa tak larat yang teramat sangat dan panic bila tengok tempat tinggi rasa gayat sampai nangis. Kaklong pujuk & angkat terus masa ni The best kaklong in the world goes to @Bella Astillah GunungKinabalu

♬ Anugerah Terindah - Andmesh

image is not available

Kuat betul Bella, tak padan kecil!

Rata-rata warganet turut memuji stamina Bella atau nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah selain mengagumi kasih sayang serta semangatnya sebagai seorang kakak.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not availableimage is not available

Sebelum ini, Bella, 36, berkongsi dia berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu bersama Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan berpakaian tradisional Melayu.

Sumber: TikTok didi_angel_astillah