“Kak Peah Singa Rotan Netizen Baru Tau” – IG ‘Diserang’ Suami Culas Bayar Nafkah Isteri Pertama, Ini Balas Miera Leyana

7 Feb 2023 • 11:48 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, kecoh isu mengenai suami kepada pelakon, Miera Leyana culas membayar nafkah selama setahun dan menyekat nombor telefon isteri pertama di aplikasi WhatsApp.

Susulan isu terbabit, rata-rata netizen telah menyerang akaun Instagram pelakon berkenaan dan ada mendakwa Miera yang menghasut suaminya, Rosland Othman untuk berbuat demikian.

Malah, ada juga netizen yang baru tahu bahawa Miera merupakan isteri kedua Rosland.

image is not available

Barangkali sedar diri dikecam teruk oleh netizen, Miera tampil memuat naik satu status di IG Story seakan-akan membalas komen negatif yang diterima.

Status tersebut merupakan klip video pendek dirinya ketika berlakon dalam satu telefilem komedi Peah Singa yang ditayang pada tahun 2017.

Jika sebelum ini membiarkan ruangan komen dibuka, namun dilihat Miera telah menutup ruangan komen di foto yang dimuat naik pada 9 Januari lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIERA LEYANA (@mieraleyana)

Sekadar info, isteri pertama Rosland Othman iaitu Adibah telah mendakwa suaminya sudah tidak lagi melayan dia seperti seorang isteri sejak tahun 2020 dan lelaki tersebut hanya akan memberi nafkah jika anak-anak tuntut saja.

image is not available 2 hari lalu

'Block' Nombor Di WhatsApp, Suami Miera Leyana Didakwa Bertahun Tak Bagi Nafkah Pada Isteri Pertama