Kaka Azraff akhirnya bertemu Fahmi Fadzil

9 Jan 2024 • 8:31 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Penyanyi Kaka Azraff akhirnya bertemu Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ketika kunjungannya ke pejabat rasmi kementeriannya di Putrajaya, semalam.

Menerusi hantaran dimuat naik Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35, di Instagramnya, dia berkongsi gambar pertemuan tersebut.

Malah, Kaka turut mengucapkan terima kasih kepada Fahmi kerana sudi menerima kunjungannya.


"Peluang ini belum tentu terulang. Jadi aku amati setiap ruang.

"Terima kasih YB (Yang Berhormat) Fahmi Fadzil atas kesudian menerima kunjungan kami ke Kementerian Komunikasi semalam.

"Harap perkongsian ini dapat membuahkan hasil dan dapat membantu atau menjadi rujukan buat mereka yang menghadapi situasi yang sama seperti Kaka," tulisnya.

Terdahulu, Scoop pernah melaporkan Fahmi sedia bertemu Kaka bagi membantunya menyelesaikan masalah dihadapinya selepas dibuang dari syarikat rakaman Warner Music pada 6 Disember tahun lalu.

Difahamkan penamatan itu gara-gara tindakannya mengirim mesej langsung (DM) mengecam pempengaruh dan pelakon Australia yang pro-Zionis, Nathaniel Buzolic.

Profilnya kemudian dikongsi sebuah laman sosial di bawah nama Jew Hate Database yang turut menyenaraikan nama Kaka sebagai antisemitik. – 9 Januari, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved