‘Kakak Fasi acah-acah garang, sikap camni buat orang hilang rasa hormat’ – Netizen

LocalOpinion
6 Oct 2024 • 10:11 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Sebagai fasilitator minggu orientasi di universiti, tugas utama adalah membimbing pelajar baharu untuk memastikan mereka merasa selesa dan disambut dalam persekitaran baharu.

Tanggungjawab ini juga termasuk menawarkan sokongan moral, menjawab pertanyaan, dan memastikan semua aktiviti berjalan lancar, tanpa sebarang unsur prank yang boleh mengganggu emosi atau semangat pelajar baharu.

Baru-baru ini, tular video sekumpulan fasilitator melakukan prank semasa sesi orientasi di sebuah universiti tempatan di Segamat dan mengundang kecaman ramai.

Rentetan daripada itu, fasilitator yang terlibat tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di atas tindakan mereka yang telah memalukan institusi pendidikan berkenaan.

Ketika wakil fasilitator sedang memohon maaf, salah seorang rakan setugasnya, ‘kakak fasi’, dilihat memarahi pelajar baru dengan nada yang sinis dan memerli, sambil menyuruh mereka merakamkan video permohonan maaf yang sedang dibuat oleh rakan setugasnya.

Tindakannya itu telah mencetuskan rasa ‘menyampah’ di kalangan netizen yang menganggapnya ‘acah-acah garang’.

“Kenapalah nak acah-acah garang macam ni? Korang beza 1-2 tahun je dengan pelajar junior. Mungkin ada daripada pelajar baru itu lebih tua dari korang,” komen seorang netizen yang turut mendapat sokongan ramai.

“Sikap macam ni hanya buat orang hilang hormat. Sepatutnya fasilitator jadi contoh yang baik, bukan tunjuk kuasa,” komen seorang lagi netizen lain.