“Kakak Jahidah Bukan Lagi Isteri Kau Jantan Dayus” – Adik

14 Mar 2023 • 5:53 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
jahidah nordin

Adik kepada wanita dipukul suami sehingga koma, Fauziah Nordin mengesahkan kakaknya, Jahidah Nordin sudah sah bercerai dengan suami secara fasakh hari ini.

Di Facebook, Fauziah berkata kakaknya bukan lagi isteri kepada lelaki yang dianggapnya sebagai dayus.

image is not available

Memetik laporan Kosmo!, Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Hamizan Mohd. Nor membenarkan permohonan fasakh yang dikemukakan pada 1 Februari selepas berpuas hati dengan penyata keterangan bertulis adik mangsa sebagai penjaga ad litem.

Disebabkan keadaan Jahidah yang masih terlantar dan tak boleh hadir untuk perbicaraan, mahkamah telah melantik Fauziah sebagai penjaga ad litem.

image is not available

Sementara itu, Fauziah bersyukur kakaknya yang hampir dua tahun digantung tak bertali akhirnya bercerai dengan cara sah di sisi undang-undang.

Seorang suami sepatutnya menjadi penjaga dan pelindung isteri. Jika suami tidak lagi mampu menjalankan tanggungjawab, lepaskanlah isteri secara baik jangan dipukul seperti yang berlaku pada Kak Jahidah.

Jelasnya lagi, keluarga memang sudah menerima takdir yang menimpa Jahidah namun berharap ada pembelaan yang sewajarnya.

Suaminya, Rosmaini tak hadir ke mahkamah walaupun notis saman telah disiarkan di surat khabar pada 24 Februari lalu.

Kredit: Kosmo! | Facebook Fauziah Nordin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.