Kakak Mohamad Sabu meninggal dunia pada usia 76 tahun

LocalPolitics
28 Jun 2025 • 10:33 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Kakak kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Zainab Sabu meninggal dunia hari ini pada usia 76 tahun.

Perkara itu dimaklumkan Mohamad menerusi hantaran di Facebook hari ini.

“Allahyarhamah adalah seorang yang cukup penyayang, tabah dan banyak berkorban dalam kehidupan kami sekeluarga. Pemergiannya satu kehilangan besar yang amat dirasai.

“Pada ketika ini, saya sedang dalam perjalanan ke Rome (Itali) atas urusan rasmi kerajaan. Hati ini begitu berat kerana tidak dapat bersama keluarga pada saat-saat akhir pemergian arwah kakak tercinta,” katanya.

Presiden Parti Amanah Negara itu turut memohon orang ramai mendoakan semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, diterima segala amal ibadah dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.

“Terima kasih atas doa dan ingatan daripada semua. Al-Fatihah,” katanya.