Kakak pelakon popular direman, syabu ditemui dalam beg silang

LocalPolitics
8 Apr 2026 • 10:11 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

SUNGAI PETANI — Kakak kepada seorang pelakon popular direman selama dua hari bagi membantu siasatan selepas polis menemukan dadah disyaki syabu di dalam sebuah beg silang di kediamannya di Taman Lembah Bujang Saujana, Bedong, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, perintah reman terhadap wanita berusia lingkungan 50-an itu dikeluarkan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut beliau, suspek ditahan bersama seorang lagi wanita tempatan berusia 40-an dalam serbuan yang dijalankan kira-kira pukul 6.45 petang, Selasa lalu di sebuah rumah di kawasan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan terhadap beg silang tersebut, polis menemukan satu balutan plastik berwarna hitam yang diikat dengan getah serta dua paket plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki syabu seberat 5.45 gram,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, beg yang mengandungi dadah itu ditemui di atas katil dalam sebuah bilik di rumah tersebut oleh pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kuala Muda.

Bagaimanapun, hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah.

Kes kini masih dalam siasatan lanjut oleh pihak polis. – MYBERITA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved