Kakak Premier Sarawak, Dayang Meliah Tun Datuk Abang Openg Kembali ke Rahmatullah

27 Aug 2024 • 5:50 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Salam takziah

Kakak Premier Sarawak, Dayang Meliah Tun Datuk Abang Openg Kembali ke Rahmatullah. Dayang Meliah Tun Datuk Abang Openg, kakak sulung kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, telah meninggal dunia pada usia 89 tahun.

Menurut kenyataan dari Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Dayang Meliah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.50 pagi di Pusat Pakar Perubatan Normah, di sini.

image is not available

Akan Dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang

Menurut kenyataan tersebut, jenazah Dayang Meliah telah dibawa ke kediaman keluarganya di Jalan Muhibbah untuk memberi peluang kepada sahabat handai dan sanak saudara menziarahi dan memberi penghormatan terakhir.

Dayang Meliah adalah anak ketiga daripada sepuluh adik-beradik dalam keluarganya. Beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang pada hari ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman.

Baca juga artikel semasa di bawah: