“Kakak Saya Tak Sengaja” – Isu Ibu Beri Anak Minum Methadone, Lelaki Mengaku Sebagai Adik Tampil Beri Penjelasan

LocalFamily & Parenting
12 Feb 2026 • 12:55 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Seorang lelaki yang mendakwa adik kepada wanita yang ditahan selepas kes kematian seorang kanak-kanak akibat Methadone tampil beri penjelasan.

Dalam satu hantaran di ruangan komen TikTok, individu bernama _ItsFaiz mendakwa kakaknya tidak sengaja memberikan ubat tersebut kepada anak-anak kerana menyangka ia adalah ubat batuk.

Semua anak batuk serentak, ubat disangka ubat batuk

Menurut _ItsFaiz lagi, semua anak saudara yang terlibat mengalami batuk pada waktu yang sama, menyebabkan kakaknya cuba merawat mereka tanpa menyedari tersalah guna ubat.

image is not available

Tegasnya lagi, penyebaran maklumat yang tidak sahih perlu dihentikan kerana situasi ini sangat menyedihkan buat seluruh keluarga mereka.

image is not available

Penjelasan lelaki ini bagaimanapun mengundang tanda tanya netizen. Mereka mempersoalkan kecuaian si ibu yang tidak memeriksa label dengan betul.

@buletintv3

Seorang kanak kanak lelaki berusia 11 tahun maut manakala dua lagi adiknya dalam keadaan kritikal selepas dipercayai diberi minum ubat metadon oleh ibu kandungnya. #BuletinTV3 #Tragedi Metadon #KanakKanak

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

Memetik laporan Berita Harian, setakat ini, polis masih menjalankan siasatan mengenai motif serta bagaimana ibu tersebut memperoleh bekalan Methadone yang merupakan ubat terkawal.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata, kejadian menyebabkan seorang kanak-kanak maut dan dua lagi sedang dirawat di hospital.

Sementara ibu mereka ditahan untuk siasatan lanjut.

Pssttt! Kalau benar ini hanya kecuaian, kejadian ini sangat menyedihkan dan tak sepatutnya berlaku. Tapi kita semua tak patut hukum sebelum siasatan selesai. Elakkan sebar fitnah dan biarlah pihak berkuasa jalankan tugas mereka.

Kredit: Berita Harian | TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Kakak Saya Tak Sengaja” – Isu Ibu Beri Anak Minum Methadone, Lelaki Mengaku Sebagai Adik Tampil Beri Penjelasan appeared first on Oh! Media.