Kakak tiri Zara Qairina dijangka beri keterangan inkues

22 Jun 2026 • 8:11 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kakak tiri Zara Qairina dijangka beri keterangan inkues
Allahyarham Zara Qairina

KOTA KINABALU - Prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir bersambung semula hari ini dan kakak tiri Allahyarham akan memberikan keterangannya di Mahkamah Koroner di sini.

Prosiding dijadualkan bermula jam 9 pagi itu berlangsung selama lima hari sehingga Jumaat ini.

Difahamkan, turut akan memberi keterangan ialah beberapa pakar termasuk pakar tulisan tangan yang dikemukakan oleh pasukan peguam mewakili ibu Zara Qairina.

Inkues didengar oleh Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan dan dikendalikan oleh pegawai pengendali iaitu Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah serta Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S Sawayan dan Dacia Jane Romanus.

Zara Qairina, 13, ditemukan tidak sedarkan diri pada 16 Julai tahun lalu di bawah bangunan asrama sebuah sekolah menengah agama di Papar.

Bagaimanapun, pelajar itu disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) di sini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved