Kaki pelajar tersepit besi penutup longkang di sekolah

15 Jun 2023 • 3:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan kaki mangsa menggunakan peralatan khas.

image is not available
Anggota bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit pada besi longkang di sebuah sekolah menengah di Sepang pada Khamis.

SEPANG - Seorang pelajar perempuan terpaksa menahan kesakitan apabila kakinya tersepit lebih 10 minit pada besi penutup longkang di sebuah sekolah menengah di sini pada Khamis.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 12.33 tengah hari.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan kekuatan enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 12.48 tengah hari.

"Mangsa merupakan pelajar perempuan Tingkatan Satu. Kakinya tersepit sehingga paras lutut setelah dipercayai terjerlus di besi longkang tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, anggota bomba mengambil masa selama lima minit untuk mengeluarkan kaki mangsa menggunakan peralatan khas.

"Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan berikutan kejadian itu," katanya.