Kaki tersepit ketika berenang, wanita ini dapatkan bantuan kecemasan melalui jam pintar

Technology
23 Jun 2022 • 3:18 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Ada banyak berita saya kongsikan sebelum ini mengenai keupayaan Apple Watch menghubungi bantuan kecemasan untuk menyelamatkan nyawa pengguna. Ini membuktikan yang Apple Watch perlu dipakai dimana-masa sahaja kerana kecemasan boleh berlaku pada bila-bila masa termasuklah ketika anda sedang berenang dan jam pintar dapat membantu.

Berlaku di Oregon, seorang wanita yang berenang di Sungai Columbia terperangkap di dalam air lebih daripada 30 minit selepas kakinya tersangkut di celah batu. Dia seterusnya menghubungi 911 daripada Apple Watchnya untuk mendapatkan pertolongan. Polis mengatakan bahawa mangsa terlampau penat dan menunjukkan tanda-tanda hipotermia ketika dia diselamatkan.

image is not available

Apabila responden pertama tiba di tempat kejadian, mereka cuba menyediakan tangga kepada mangsa sambil mengalihkan batu yang memerangkap kakinya. Tapi cubaan tersebut tidak berjaya. Selepas penyelamat masuk ke dalam air yang keruh itu, barulah kaki mangsa dapat dibebaskan.

Apple Watch telah sertakan ciri SOS yang membolehkan pengguna menghubungi perkhidmatan kecemasan dengan mudah. Di samping itu, Apple Watch yang menyokong selular membolehkan pemakai menggunakan ciri SOS dan membuat panggilan telefon tanpa perlukan iPhone berdekatan. Bayangkan bagaimana untuk dapatkan pertolongan apabila tiada telefon dan orang disekeliling? Jadi, nampaklah disini bertapa pentingnya memakai peranti ini apabila bersendirian.

[Sumber: 9TO5Mac]

[Sumber gambar: Mashable SEA]