Kaki Vape Alami Cirit Birit Dan Nafas Pendek, Kenali 9 Simptom Penyakit Evali Sebelum Terlambat

9 Oct 2023 • 5:10 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Menghisap vape boleh membahayakan kesihatan

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberi amaran kepada orang ramai di media sosial tentang penyakit E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (Evali).

Menerusi perkongsian di aplikasi X itu, pihak KKM menyatakan bahawa dakwaan yang menyatakan penggunaan rokok elektronik atau vape tidak memudaratkan kesihatan adalah tidak benar.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: focusfamily

“Tabiat menghisap rokok elektronik atau vape bagi jangka masa panjang boleh mengakibatkan perokok menghidap penyakit Evali yang menunjukkan beberapa gejala seterusnya mengakibatkan komplikasi serius.

“Oleh itu, orang ramai perlu mengambil inisiatif menghentikan tabiat menghisap rokok elektronik atau vape agar dapat mencegah Evali dan dapat bernafas dengan lebih baik hingga ke akhir hayat,” tulis pihak KKM di laman X.

Mereka yang menghisap vape berdepan risiko penyakit Evali

Menurut sumber, berikut merupakan sembilan gejala yang dihidapi oleh pesakit Evali:

1. Nafas pendek

2. Batuk

3. Mual dan muntah

4. Demam

5. Cirit birit

6. Sakit dada

7. Berat badan menurun

8. Degupan jantung laju

9. Sakit abdomen

Antara komplikasi Evali yang serius:

1. Acute respiratory distress syndrome (Sindrom sukar bernafas akut)

2. Kegagalan pernafasan

3. Memerlukan bantuan oksigen berterusan

4. Kematian

https://x.com/KKMPutrajaya/status/1710121909080494496?s=20

Baca juga artikel yang berkaitan:

View Original Article