Kakitangan JKKP maut digilis trak pikap

4 Jan 2023 • 5:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang kakitangan JKKP Kelantan maut digilis pacuan empat roda jenis trak pikap dalam kejadian di Kampung Teliar, Bunut Susu, Pasir Mas pada Rabu.

PASIR MAS - Seorang kakitangan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kelantan maut digilis pacuan empat roda jenis trak pikap dalam kejadian di Kampung Teliar, Bunut Susu pada Rabu.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa, Md Rozi Mohd Yasim, 36, maut di lokasi selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai gagal memotong kenderaan terbabit sebelum terbabas dan digilis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintanden Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa cuba memotong trak pikap yang dipandu oleh seorang peniaga berusia 48 tahun dari arah yang sama.

"Oleh kerana jalan yang sempit motosikal mangsa telah terbabas masuk ke bahu jalan.

"Mangsa dikatakan telah terjatuh dan disebabkan jarak yang terlalu dekat, pemandu trak pikap terbabit tidak sempat mengelak dan telah menggilis mangsa," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, punca kematian belum dapat dikenal pasti dan siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku disebabkan kecuaian mangsa yang cuba memotong di jalan yang sempit.

Beliau berkata, kes di siasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved