Kakitangan makmal perubatan direman bantu siasatan kes rasuah

8 Feb 2023 • 1:21 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Seorang kakitangan makmal perubatan direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM20,000, sejak 2018.

Tempoh reman hingga Selasa ini terhadap lelaki berusia 51 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurzihan Rehman di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Perintah reman terhadap lelaki itu dikeluarkan bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, sumber memaklumkan lelaki itu ditahan di Pejabat SPRM Johor di sini kira-kira 8.30 pagi semalam selepas hadir memberi keterangan.

Difahamkan, sejak 2018 hingga tahun ini, lelaki yang bertugas di sebuah makmal perubatan hospital kerajaan itu telah meminta dan menerima wang rasuah daripada pemilik-pemilik sampel air kencing bagi pengesanan kandungan dadah sebagai balasan untuk menukar keputusan air kencing yang dianalisis. -Bernama