Kakitangan MDTM cedera dipukul

16 Aug 2022 • 1:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

TANAH MERAH - Seorang kakitangan Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) cedera di kepala selepas dipercayai dipukul dalam kejadian di tepi Jalan Pasir Mas-Tanah Merah di sini pada Selasa. Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa, Tuan Kob Tuan Muda, 48, sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya di Kampung Pangkal Manak di sini. Timbalan Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintanden Mohd Razi Rosli berkata, mangsa kemudian ditahan oleh sebuah kereta berwarna putih di tepi Jalan Pasir Mas-Tanah Merah berhadapan kedai Salim Aziz Textile. Menurutnya, mangsa telah didatangi dua lelaki yang tidak dikenali dan terus memukulnya di bahagian kepala sebelah kiri dan badan. "Bagaimanapun mangsa sempat mengelak dan melarikan diri dari kawasan tersebut. "Kes disiasat bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved