Kakitangan MPSepang tawan puncak Kinabalu promosi batik Selangor

29 Jan 2023 • 12:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 28 JAN: Seramai 36 kakitangan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menawan puncak Gunung Kinabalu bagi membawa misi mempromosi batik Selangor semalam.

Yang Dipertua Dato’ Abd Hamid Hussain berkata ia adalah pendakian kali kedua selepas misi pertama pada 2019 bagi mempromosi Tahun Melawat Sepang.

“Pada 2019 kita promosi Tahun Melawat Sepang. Pendakian kali ini untuk promosikan batik Selangor sekaligus akan dimuatkan dalam Malaysia Book Of Records,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, Gunung Kinabalu dipilih bagi membolehkan lebih ramai masyarakat Sabah dan Sarawak mengetahui negeri ini mempunyai hasil batik dengan corak bercirikan Selangor.

Turut menyertai pendakian adalah dua kakitangan RTM yang membuat liputan sepanjang pendakian.

Pada 1 Disember 2022 lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan batik Selangor bercorak bunga tanjung kelopak sembilan sebagai simbolik sembilan daerah yang terdapat di negeri ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved