Kakitangan PETRONAS Dibuang Kerja Disebabkan Faktor AI dan Teknologi Baharu

LocalTechnology
14 Aug 2025 • 3:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

PETRONAS membuang lebih 5000 pekerja pada Jun lalu sebagai langkah mengurangkan kos disebabkan oleh harga minyak mentah yang turun. Hari ini di Parlimen, Perdana Menteri Datuk Seri Anwer Ibrahim mengatakan antara faktor yang menyebabkan kakitangan dibuang kerja adalah berlaku pertindanan tugas selepas PETRONAS mula menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi baharu dalam operasi.

image is not available

Kebajikan kakitangan yang dibuang walau bagaimanapun tidak diabaikan kerana beberapa inisiatif telah diambil seperti menempatkan mereka di syarikat GLC an GLIC. Sebelum ini Perdana Menteri telahpun menyatakan majoriti kakitangan yang kehilangan kerja adalah pekerja kontrak.

Dalam sebuah temubual yang dilakukan oleh CEO Tengku Muhammad Taufik pada Februari tahun ini, beliau mengatakan langkah pengurangan tenaga kerja perlu dilakukan supaya PETRONAS bertahan dalam operasi global yang berkembang dan semakin mencabar. Jika tindakan ini tidak dilakukan, syarikat mungkin tidak akan wujud lagi dalam masa 10 tahun.

View Original Article