
Kalah 1-0, Chelsea Pecat Thomas Tuchel
Chelsea dilaporkan telah memecat pengurus pasukannya, Thomas Tuchel ekoran kekalahan 1-0 kepada Dinamo Zagreb dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UEFA).
Pemilik baharu pasukan Chelsea, Todd Boehly memecat bekas jurulatih Jerman itu selepas tujuh perlawanan pada musim ini. Selepas 100 hari dalam tempoh dia menjadi pengurus Chelsea sejak menggantikan Roman Abramovich.
Chelsea berada di tangga keenam dalam Liga Perdana dan memulakan kempen dengan menyedihkan dalam Liga Juara. Thomas dipecat beberapa jam selepas kekalahan 1-0 mereka di Croatia.
Menurut Mail Online, dalam satu kenyataan Chelsea, bagi semua pihak di Chelsea FC, kelab itu merakamkan ucapan terima kasih kepada Thomas dan kakitangannya atas usaha mereka sepanjang mereka bersama kelab Chelsea itu.
“Thomas akan berada dalam sejarah Chelsea selepas memenangi Liga Juara, Piala Super dan Piala Dunia pada zamannya di sini,” kata kenyataan Chelsea itu.
Memandangkan pemilikan baharu mencecah 100 hari sejak mengambil alih kelab itu, dan akan meneruskan kerja keras untuk membawa kelab itu kehadapan. Pemilik baharu percaya ia adalah masa yang sesuai untuk melakukan pertukaran ini.
Menurut Sportsmail, Graham Potter adalah calon utama yang bakal menggantikan, manakala Mauricio Pochettino juga sedang dipertimbangkan.
Chelsea menambah bahawa mereka akan menguruskan pertukaran pengurus baharu dan kakitangan kejurulatihan Thomas masih akan mengendalikan pasukan itu buat sementara waktu.
The Telegraph melaporkan bahawa hubungan Thomas dengan pemain dalam kelab tidak baik dan dia dimaklumkan pada tentang pemecatannya pada pagi Rabu. Anthony Barry akan jadi calon pengganti sehingga pengurus baharu dilantik.
BREAKING NEWS: Thomas Tuchel has been SACKED by Chelsea https://t.co/XXf7Tt6kf8 pic.twitter.com/vtfsH1Z9V7
— MailOnline Sport (@MailSport) September 7, 2022
Thomas tiba di Stamford Bridge pada 2021 untuk menggantikan Frank Lampard dan mendapat kejayaan dengan memenangi Liga Juara dalam tempoh enam bulan.
Musim lalu Chelsea mara ke pusingan akhir Piala Carabao dan Piala FA, tetapi tewas kepada Liverpool dalam kedua-dua perlawanan. Mereka juga menduduki tempat ketiga dalam Liga Perdana.
Dalam usaha untuk merapatkan jurang dengan juara Manchester City dan Liverpool, pemilik baharu Chelsea melabur dengan banyak pada musim panas lalu, satu rekod perbelanjaan untuk kelab Liga Perdana lebih daripada RM 1.3 bilion.
Pemecatan Thomas telah mengejutkan ramai pihak memandangkan dia pernah berkongsi bahawa rundingan sedang berjalan untuk lanjutan kontrak pada bulan lepas.
Sumber: Mail Online
The post Kalah 1-0, Chelsea Pecat Thomas Tuchel appeared first on Siakap Keli.

