Kalah di Cabang Johor Bahru, Akmal Nasrullah menang MPP PKR

LocalPolitics
23 May 2025 • 11:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Akmal Nasrullah

JOHOR BAHRU – Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, yang sebelum ini tewas dalam pemilihan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor Bahru, berjaya mengekalkan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada pemilihan parti kali ini.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu meraih sebanyak 4,455 undi seperti diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Dr Zaliha Mustafa dalam Konvensyen Nasional PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini, malam Jumaat.

Pada pemilihan peringkat cabang sebelum ini, Akmal tewas kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Mohamad Taufiq Ismail dalam perebutan jawatan Ketua Cabang PKR Johor Bahru. Beliau hanya memperoleh 587 undi berbanding 709 undi yang diraih oleh Mohamad Taufiq.

Kekalahan itu mengejutkan ramai penyokongnya, memandangkan Akmal sebelum itu memberi bayangan mendahului dari segi jumlah undi menerusi satu hantaran di Facebook. Dalam hantaran tersebut, beliau turut berkongsi infografik yang memaparkan keputusan tidak rasmi pemilihan.

Sebelum ini, Akmal juga lantang menyuarakan isu dalaman parti termasuk menyentuh mengenai ‘fenomena badan tanpa kepala’ yang turut melanda Cabang Johor Bahru.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved