Kalah produk artis, Otak-Otak Mr. Noh habis terjual di Ekspo Singapura!

LocalBusiness & Finance
21 Feb 2025 • 5:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida bergurau dengan rakan usahawannya Datuk Seri Aliff Syukri ketika melakukan jualan produk masing-masing sebuah ekspo di Singapura.

Menerusi video tersebut, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berseloroh mengenai keadaan ekspo yang dilihat ‘sendu’ sekali gus sambutan kurang menggalakkan terhadap produk mereka.

image is not available

“Datang acara dua tiga kali sebulan di Singapura, tetapi jualan takde,” katanya.

Gurauan tersebut dibalas oleh Aliff dengan nada gelak ketawa, malah menyatakan bahawa ramai pengunjung hanya melihat dan mengambil gambar tanpa membeli produk mereka.

image is not available

Walau bagaimanapun, berbeza pula dengan jenama produk tempatan, Otak-Otak Mr. Noh yang mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan pengunjung di ekspo yang sama.

Produk keluaran Mr. Noh Food Industries (M) Sdn Bhd itu habis terjual dalam masa singkat, membuktikan permintaan tinggi terhadap makanan sejuk beku berkualiti dari Malaysia.

Menurut video dikongsi di akaun TikTok Otak-Otak JB Mr. Noh Shop, pengasasnya Mohammad Qashrie Md Noh meluahkan rasa terharu melihat sambutan luar biasa daripada pengunjung Singapura dan Malaysia.

image is not available

Ini kerana produknya seperti otak-otak, samosa, karipap, popiah, satar, pepes, dan keropok lekor seolah-olah menjadi ‘buruan’ utama di ekspo berkenaan.

image is not available

image is not available

image is not available

Sejak ditubuhkan pada tahun 2022, syarikat itu semakin berkembang dan kini menyasarkan untuk membuka 1,000 cawangan francais menjelang 2032.

Dengan perakuan sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Otak-Otak Mr. Noh berhasrat menjadi peneraju dalam industri makanan sejuk beku, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat global.

image is not available

Kejayaan Otak-Otak Mr. Noh di pasaran Singapura adalah satu petanda positif terhadap keupayaan jenama Bumiputera untuk bersaing di peringkat antarabangsa.