Kalah PRU-15, PEJUANG Gugurkan Semua Perancangan, Tun M Tumpu Pada Menulis

Politics
23 Nov 2022 • 1:39 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tun Mahathir - Gambar oleh Azim Rahman

KUALA LUMPUR - Semua perancangan dibuat PEJUANG akan digugurkan susulan kekalahan parti berkenaan pada Pilihan Raya Umum (PRU-15).

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, serentak dengan itu, beliau akan memberi tumpuan kepada penulisan sejarah dan aktiviti dalam negara.

Menurut beliau, banyak peristiwa dalam negara masih belum direkod, termasuk yang berlaku ketika zaman penjajahan British.

“Saya juga terbuka untuk ditemuduga oleh penulis,” katanya, hari ini.

Dr Mahathir mengakui, beliau sememangnya sedih dengan kekalahan teruk PEJUANG, namun menerima kehendak dan pilihan rakyat.

“Saya harap pihak yang menang akan mendirikan kerajaan Malaysia. Oleh kerana PEJUANG kalah semua 125 kawasan yang dipertandingkan, PEJUANG tidak pun dapat menjadi pembangkang dalam dewan.

“Yang boleh dilakukan oleh PEJUANG ialah melihat arah pemerintahan pihak yang menang. PEJUANG berdoa siapa juga yang menjadi kerajaan Malaysia dapat memulihkan segala masalah yang akan dihadapi oleh negara,” katanya. - Getaran, 23 November 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved