“Kalah Semua Brand!” – Ambil Bront Palarae, Adi Putra & Aaron Aziz Jadi Duta, Ramai Jangka Jenama HijabistaHub Laku Keras Raya Kali Ini!

Women's Fashion
19 Mar 2024 • 10:10 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sekarang ini kita dapat lihat banyak jenama-jenama baju sedang ‘berebut-rebut’ mempromosikan koleksi baju raya untuk tahun 2024 dan salah satu caranya adalah dengan mengambil barisan artis tempatan yang diminati ramai.

Tiga aktor ‘legend’ bergabung

Terbaru melalui platform TikTok, jenama bernama HijabistaHub memuat naik video koleksi baju raya yang dipakai oleh tiga orang barisan aktor popular iaitu Adi Putra, Bront Palarae dan juga Aaron Aziz.

Gabungan tiga aktor hebat sememangnya telah membuat para peminat tidak keruan, lagi-lagi apabila melihat mereka segak memakai baju Melayu.

Peminat ‘resah’, kalah semua brand lain!

Rata-rata peminat yang melihat video tersebut terkejut kerana melihat gabungan tiga aktor itu di dalam satu jenama yang sama.

image is not available

image is not available

Ramai juga yang merasakan jenama baju tersebut pandai memilih duta dan yakin pada tahun ini, jenama HijabistaHub pasti akan ‘diserbu’ ramai dek tiga aktor Malaya yang disukai ramai itu memakai baju jenama mereka.

image is not available 8 months ago

Walaupun Sudah Berusia, 5 Selebriti Lelaki Ini Masih Buat Hati Peminat 'Berbunga'

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved