Kalahkan Sushi Dari Jepun, Laksa Sarawak Dapat Ranking Teratas Makanan Tradisional Di Asia

15 Sep 2022 • 6:30 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Wahh, tak sangka betul!

Kalahkan Sushi Dari Jepun, Laksa Sarawak Dapat Ranking Teratas Makanan Tradisional Di Asia . Di negara Asia ini, terdapat pelbagai tradisi dan pemakaian yang merupakan identiti untuk sesebuah negara.

Setiap negara juga memiliki makanan khasnya masing-masing yang juga melambangkan identiti mereka. Kebanyakan hidangannya berdasarkan kebudayaan dan juga bahan-bahan lokal.

image is not available
Kalahkan Sushi Dari Jepun, Laksa Sarawak Dapat Ranking Teratas Makanan Tradisional Di Asia

Laksa Sarawak berada kedudukan teratas

Instagram @thetasteatlas telah memuat naik gambar di mana penilaian terhadap makanan asia berdasarkan kajian maklum balas di kalangan umum. Mereka memuat naik grafik yang menunjukkan senarai makanan dari negara-negara Asia dengan nilai terbaik.

Hmm.. macam menarik. Jom kita tengok!

https://www.instagram.com/p/CUQmHDlI8Ba/?utm_source=ig_web_copy_link

Ini adalah rating untuk setiap makanan yang telah dinilai

Berdasarkan grafik tersebut, makanan lokal Laksa Sarawak keluar di kedudukan teratas dengan penilaian dicatat 4.8 daripada maksimum 5, dan diikuti dengan makanan dari Iran iaitu Tahchin (4.7) dan makanan dari Jepun iaitu Nabemono (4.6) duduk di barisan “Terbaik” di Asia.

Peringkat berikutnya, adalah makanan dari China iaitu Jiaozi (4.4), Jepun iaitu Sushi (4.3) dan Roti dari India (4.2) duduk di tangga kedua terbaik. Peringkat yang ketiga, makanan dari Lebanon iaitu Ma’moul (3.9), Mochi dari Jepun (3.9) dan Spring Rolls dari China (3.8) yang dilabel sebagai tahap ‘OK’.

Manakala makanan yang dilabel sebagai ‘paling teruk’ seperti yang dinyatakan dari grafik tersebut ialah makanan dari India iaitu Baingan Bharta (2.4), Zenzai dari Jepun (2.4) dan Balut dari Filipina (2.7).

image is not available

Namun, maklum balas ini telah mengundang provokasi kepada netizen

Kita dapat lihat bahawa bagaimana senarai makanan budaya antarabangsa ini dikelaskan dalam berperingkat seperti dilabelkan sebagai yang ‘Terbaik’ dan ‘Paling Teruk’ boleh mengundang provokasi kepada umum.

Di laman Instagram @thetasteatlas, kelihatan ramai yang kecewa dengan penilaian tersebut. Majoriti yang menyatakan bahawa pihak yang menjawab maklum balas ini tidak menghargai makanan-makanan budaya mereka.

image is not available

“Senarai ini adalah senarai yang paling merepek. Saya merasa ragu yang anda betul-betul telah mencuba setiap hidangan antarabangsa di benua”

“Korang tak rasa teruk ke gelar makanan budaya orang lain sebagai makanan ‘paling teruk’?

image is not available

“Siapa yang menilai Baingan Bharta sebagai paling teruk ni rasanya tak pernah makan kan?”

Walaupun dapat kecaman dari netizen, perlu diketahui bahawa kedudukan makanan-makan budaya ini boleh berubah setiap hari berdasarkan penilaian maklum balas tersebut.

Makanan kebudayaan negara ini tidak patut dibanding-bandingkan kerana masing-masing ada uniknya tersendiri. Bagaimana pula pendapat anda? Lagi artikel yang menarik, anda boleh baca di bawah: