Kalamullah Al-Hafiz tinggalkan KDA FC

LocalFootball
15 Sep 2024 • 1:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kalamullah Al-Hafiz

PENJAGA gol Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi menamatkan kontrak secara persetujuan bersama dengan kelab bola sepak itu.

KDA FC dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan selepas perbincangan mendalam antara Kalamullah Al-Hafiz, barisan kejurulatihan dan pengurusan kelab, kesemua pihak memutuskan untuk membawa haluan berbeza.

"Penamatan kontrak secara persetujuan bersama...dalam keadaan yang sukar ini, kehilangan Kalamullah Al-Hafiz di kemuncak kerjaya dalam prestasi antara penjaga gol terbaik Harimau Malaya, keputusan yang diambil oleh pemain ini dan pengurusan tidak mudah.

"Namun, situasi semasa Sang Kenari, ini adalah keputusan terbaik untuk kedua-dua pihak," katanya.

Kalamullah Al-Hafiz bangkit dan mempamerkan prestasi cukup baik di kala pasukan masih terumbang-ambang mencari rentak awal musim ini, seterusnya membantu KDA FC layak ke separuh akhir Piala FA musim ini.

Pihak pengurusan KDA FC mengucapkan terima kasih atas khidmat bakti pemain tersebut selama mewakili Sang Kenari dan mendoakan kerjayanya terus maju bersama pasukan baharu.

Kalamullah Al-Hafiz yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan menyertai KDA FC dari Petaling Jaya City (PJ City) pada 2022.

Sebelum ini, media melaporkan KDA FC didakwa menghadapi masalah kewangan yang menyebabkan tunggakan gaji pemain selama beberapa bulan hingga menyebabkan pemain memboikot sesi latihan pasukan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved