
Seperti yang kita tahu, AirAsia sering menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk ke destinasi yang dituju. Antara faktor utama ialah tambang yang ditawarkan syarikat penerbangan ini merupakan antara yang termurah di rantau Asia.
Bukan itu sahaja, AirAsia sudah pun memenangi World’s Best Low Cost Airline (Anugerah Syarikat Penerbangan Tambah Rendah Terbaik Dunia) buat kali ketiga belas berturut-turut pada tahun 2022 kali ini.
Namun begitu, syarikat penerbangan ini sering menjadi bahan bualan netizen yang kelihatan berang dengan servis ditawarkan kerana sering kali menunda penerbangan para penumpangnya.
Dapat gelaran terbaru dari Maria Tunku Sabri
Bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan, Maria Tunku Sabri tampil meluahkan rasa tidak puas hatinya sewaktu menggunakan perkhidmatan AirAsia baru-baru ini.
Menerusi perkongsiannya itu, Maria memaklumkan bahawa penerbangannya yang dijadualkan berlepas pada jam 3 petang terpaksa ditunda dan lewat hampir 2 jam.
Maria turut menasihatkan para pengikutnya untuk tidak menggunakan perkhidmatan AirAsia sekiranya terdapat perkara kecemasan.
Tak pernah tak delay kalau ada emergency Airasia janganlah fly Airasia delay sejam dua jam akhirnya tiga jam.
Forever Delay that’s it so disappointing Airasia
Berang dengan situasi yang dihadapinya itu, Maria turut menyarankan syarikat penerbangan itu kepada DelayAsia kerana sering menunda penerbangan para penumpangnya.
Netizen sangat bersetuju dengan Maria
Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan perkongsian Maria itu kerana mereka juga pernah merasai perkara yang sama ketika menggunakan perkhidmatan AirAsia.



Namun begitu, ada juga di kalangan netizen tampil mempertahankan AirAsia dengan mengatakan bahawa faktor cuaca yang menjadi punca mengapa penerbangan Maria itu perlu ditunda.
Kredit: Instagram MariaJJCM
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
The post “Kalau Ada Emergency Janganlah Naik” – Maria Tunku Sabri Gelarkan AirAsia Sebagai DelayAsia appeared first on Oh! Media.




