Kalau ada yang tak terima Bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia – Agong

LocalPolitics
19 Jan 2026 • 3:49 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menegaskan sebarang usaha untuk memperkenalkan sistem pendidikan baharu mesti dibuat selari dengan dasar pendidikan kebangsaan.

Baginda bertitah, bahasa Melayu mesti terus menjadi bahasa utama kerana ia adalah bahasa kebangsaan yang mengukuhkan jati diri dan perpaduan rakyat.

image is not available

“Oleh itu, sebarang usul untuk mengiktiraf apa juga sistem pendidikan lain mesti menerima Bahasa Melayu dan sejarah Malaysia.
“Kalau ada yang tidak terima Bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia,” titah baginda.

image is not available

Titah itu disampaikan oleh Sultan Ibrahim pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Majlis Parlimen Ke-15 di bangunan Parlimen, hari ini.

image is not available

Baginda turut menekankan bahawa sistem pendidikan negara perlu terus diperkasa sebagai asas pembinaan bangsa, jati diri, dan masa depan negara.

Sumber: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar