Kalau ‘bahasa cinta’ ditunjukkan suami menerusi kekerasan, isteri perlu mengadu – Ustaz Don

LocalEntertainment
9 Dec 2024 • 2:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal memberi nasihat kepada golongan isteri sekiranya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Jangan berdoa sahaja, buat laporan polis

Menerusi temu bual bersama Media Hiburan, beliau berkata, selain berdoa kepada Allah agar keluar daripada masalah yang berlaku, golongan isteri menjadi mangsa keganasan rumah tangga perlu membuat laporan polis juga.

Ustaz Don Daniyal mengingatkan golongan isteri yang teraniaya agar menyayangi diri dahulu, bukan menyimpan penderitaan demi mengekalkan rumah tangga.

image is not available

“Pertama, kalau melibatkan kekerasan rumah tangga, jangan doa sahaja. Kena pergi lapor polis. Kita kena sayang diri kita dulu. Macam mana Allah nak suruh mahkluk lain sayangi kita kalau kita tidak sayangkan diri sendiri,” katanya pada sebuah acara baru-baru ini.

Jika ‘bahasa cinta’ ditunjukkan suami, kasar betul suami itu

Menurut pemilik nama Don Daniyal Don Biyajid itu, beliau menegaskan bahawa seorang wanita dibentuk oleh ibu bapa bukan untuk dipijak dan disakiti oleh suami.

image is not available

Foto: Kosmo Online!

“Macam mana Allah nak suruh mahkluk lain sayangi kita kalau kita tidak sayangkan diri sendiri.
“Ini untuk orang perempuan ya. Diri kita, mak bapa bentuk bukan untuk dipijak.
“Jadi jika ‘bahasa cinta’ ditunjukkan suami menerusi kekerasan, dalam Islam sendiri minta pergi mengadu. Kasar sangat bahasa cinta dia (suami) macam tu,” tegasnya.

image is not available

Pada sesi sama, pengacara tersebut turut berkongsi beberapa doa agar golongan isteri teraniya diberikan ketenangan selain dibukakan jalan untuk keluar dari pada ermasalahan dihadapi.

Difahamkan, pertanyaan yang diutarakan itu ada kaitannya dengan keganasan rumah tangga yang membabitkan bekas model juga pelakon Zahnita Wilson.