Kalau benar-benar mahu mencarut, pasti dia guna akaun palsu – Fasha Sandha

Entertainment
29 Jul 2026 • 12:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kalau benar-benar mahu mencarut, pasti dia guna akaun palsu – Fasha Sandha

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fasha Sandha mengakui menerima mesej daripada ahli keluarga seorang wanita warga emas yang tampil menjelaskan situasi sebenar selepas tercetus salah faham membabitkan satu komen di media sosial kelmarin.

Menurut Fasha, ahli keluarga wanita terbabit berhubung dengannya menerusi ruangan DM bagi memohon maaf selain memaklumkan bahawa komen yang mengundang perhatian ramai itu berpunca daripada kesilapan ejaan kerana wanita berkenaan sememangnya kurang mahir menaip.

“Anak saudara mak cik itu menghantar mesej kepada saya. Mereka meminta maaf dan menjelaskan mak cik itu memang tidak pandai mengeja. Mak cik itu sendiri juga sudah meminta maaf di ruangan komen kerana tersalah taip.

“Dia mengaku memang berlaku kesilapan ejaan dan selepas itu terus memadamkan komen tersebut. Saya pula sudah memaafkannya. Sebenarnya, sejak saya memilih untuk berhusnuzon, pada saat itu juga saya sudah memaafkannya,” katanya.

Fasha berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia di Astro Bukit Jalil, semalam.

Mengulas lanjut, Fasha berkata, sejak awal lagi dia  percaya wanita terbabit tidak berniat mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya kerana menggunakan akaun media sosial sebenar.

“Sebaik membaca komen itu, saya sudah terfikir, tak akanlah kalau dia benar-benar mahu mencarut, dia menggunakan akaun sebenar. Sudah tentu dia akan menggunakan akaun palsu.

“Apabila saya baca semula, saya rasa mungkin dia sebenarnya mahu menyebut perkataan ‘Barbie’, bukannya perkataan lain. Saya beritahu perkara itu kepada mama dan mama suruh saya menegur supaya dia membetulkan ejaan.

“Tetapi saya kata tidak mengapa kerana saya anggap itu sebagai satu pujian. Pada saya, kejadian itu sangat comel,” katanya.

Pelakon berusia 41 tahun itu berkata, perkongsiannya di media sosial bukan bertujuan memalukan wanita berkenaan, sebaliknya mahu mengajak orang ramai supaya tidak terburu-buru menghukum apabila berdepan situasi yang boleh menimbulkan salah faham.

“Saya kongsikan perkara itu supaya pengikut saya tahu, kalau menerima komen seperti itu jangan terus panik atau marah. Cubalah berhusnuzon dahulu.

“Kadang-kadang memang berlaku salah taip. Jari tersalah tekan. Alhamdulillah, sangkaan baik saya kali ini memang betul. Kalau kita terus mengamuk tanpa usul periksa, mungkin perkara kecil boleh menjadi besar,” katanya.

The post Kalau benar-benar mahu mencarut, pasti dia guna akaun palsu – Fasha Sandha appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved