
Kenyataan Ketua Pemuda UMNO dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Akmal Saleh, yang mencabar wakil rakyat DAP bertindak lebih tegas dalam isu Tan Sri Azam Baki mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.
Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau mempersoalkan gesaan Ahli Parlimen Kota Melaka supaya Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meletakkan jawatan, sambil menyifatkannya sebagai sekadar “sembang kencang” tanpa tindakan sebenar.
“Kalau berani, jalanlah sekarang. Jangan ugut PMX saja. Orang dah suruh letak jawatan dari awal, tapi sampai sekarang habuk pun tiada,” tulisnya.
Baca juga:
‘Kalau berani, jalan lah sekarang!’ – Akmal Saleh cabar DAP
Ahmad Samsuri dilantik pengerusi PN, Muhyiddin jadi timbalan
Rafizi teruskan saman Caprice, dakwa isu ini cuba alih fokus Azam Baki
Kritikan terhadap gesaan politik
Dalam hantaran sama, Akmal turut mengaitkan isu itu dengan kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP di Pulau Pinang sebelum ini yang menyentuh soal keberaniannya untuk melepaskan jawatan jika benar-benar berpegang kepada prinsip.
Beliau mempersoalkan sama ada wakil-wakil DAP kini bersedia mengambil langkah sama atau sekadar menggunakan isu tersebut sebagai tekanan politik.
“Kalau anak jantan, letaklah jawatan. Jadi saya nak tanya DAP, ada berani ke sekarang? Atau cukup jantan untuk tinggalkan jawatan dan elaun?” katanya.
Kenyataan tersebut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan sebahagian menyokong cabaran yang dibuat.
Gesaan MP Kota Melaka terhadap Azam Baki
Sebelum ini, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, dilaporkan menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, susulan laporan media antarabangsa mengenai isu pemilikan saham.
Beliau menegaskan bahawa kredibiliti institusi antirasuah perlu dipelihara dan kepimpinan SPRM mesti bebas daripada sebarang keraguan awam.
Gesaan itu bagaimanapun kini dipersoalkan oleh Akmal, yang melihatnya sebagai tekanan politik tanpa keberanian untuk mengambil langkah drastik seperti melepaskan jawatan.
Sumber: Facebook Akmal Saleh
The post ‘Kalau berani, jalan lah sekarang!’ – Akmal Saleh cabar DAP appeared first on The Reporter.
