
Sepertinya Lee Kwang-soo masih lagi menjadi siulan para ahli “Running Man”.
Dalam episod terbaru program SBS itu, Yoo Jae-suk memulakan sketsa dan mengusik Lee Kwang-soo yang kononnya tak datang rakaman meskipun sudah 3 tahun meninggalkan “Running Man”. Hubunginya,
Kenapa awak tak berada di set penggambaran sekarang?
Selit Kim Jong-kook,
Macam dah terlau lewat sahaja untuk awak datang.

Lee Kwang-soo nyata bingung dan bertanya,
Apa yang sedang korang cakapkan ni?
Haha kemudiannya mengingatkan Lee Kwang-soo mengenai penyertaannya dalam rancangan “Reap What You Sow” di tvN,
Kalau nak berlakon bodoh di sana, lebih baik awak kekal di sini sahaja. Saya tak boleh lihat awak berkelakuan seperti itu. Tak susah pun, kami bayar 24,000 won (RM84) untuk penampilan 30 minit.
Tambah Ji Suk-jin,
Datang lah 30 minit minggu depan.

Bantah lelaki tinggi lampai tersebut,
Sistem apa ini?
Malah dia sempat menjerit ayat kegemaran ramai darinya iaitu “Jae-suk hyung! Jae-suk hyung!” hingga menimbulkan tawa semua.
Rindunya dengan Kwang-soo..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Kalau Berlakon B*doh..” – Ahli Beri Klu Lee Kwangsoo Bakal Kembali Ke ‘Running Man’? first appeared on KimchiDaily.my.

