Kalau Bersalah Terus Masuk Penjara, Peguam Yakin Syed Saddiq Tidak Bersalah

LocalPolitics
29 Jun 2026 • 2:17 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Peguam kanan Datuk Hisyam Teh Poh Teik menyatakan keyakinan bahawa keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang akan diputuskan esok akan memihak kepada anak guamnya.

Menurut Hisyam, keyakinan itu berasaskan fakta dan undang-undang yang dikemukakan pihak pembelaan sepanjang prosiding.

Advertisement
View this post on Instagram

“Rayuan pihak pendakwaan sepatutnya ditolak. Tambahan pula, Mahkamah Rayuan sudah memberikan penghakiman yang sangat kukuh,” katanya ketika dihubungi.

Keputusan rayuan akhir itu akan diputuskan oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Sebelum ini, pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Jun tahun lalu yang melepas dan membebaskan Syed Saddiq selepas membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023.

View this post on Instagram

Sabitan dan hukuman tersebut membabitkan pertuduhan pecah amanah, salah guna harta serta pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU.

Keputusan Mahkamah Persekutuan esok akan menentukan sama ada Syed Saddiq kekal dibebaskan sekiranya rayuan pendakwaan ditolak, atau berdepan hukuman penjara jika mahkamah memihak kepada hujahan pihak pendakwaan.

Selain itu, keputusan berkenaan turut berpotensi memberi kesan besar terhadap kerjaya politik bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

Sekiranya sabitan dikekalkan, Syed Saddiq berkemungkinan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan tidak layak bertanding sebagai calon pilihan raya di bawah Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Kalau Bersalah Terus Masuk Penjara, Peguam Yakin Syed Saddiq Tidak Bersalah2026-06-29 13:18:52

Noor Azizah Rohingya Rupanya Terima Dana Dari Gerakan Pro-Zion*s Burukkan Malaysia - "Dia Asingkan Diri Dari Komuniti Sendiri"

The post Kalau Bersalah Terus Masuk Penjara, Peguam Yakin Syed Saddiq Tidak Bersalah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved