‘Kalau boleh cepat sikit hantar saman tu’ – Caprice minta Ebit Lew segera saman supaya Mondy boleh saman balik

18 Sep 2023 • 4:02 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

image is not available

Susulan daripada pendedahan Mondy Tatto di dalam satu podcast yang dikendalikan oleh Caprice, Ustaz Ebit melalui hantaran di Facebook telah membuat laporan polis berhubung isu tersebut.

Bagaimanapun, seakan tidak gentar dengan hantaran itu, Caprcice meminta pendakwah bebas itu supaya segera menghantar surat saman kepadanya.

“Kalau boleh cepat sikit hantar saman tu. Supaya pihak Mondy boleh saman balik sekali dengan bukti,” katanya.

Dalam hantaran di Instagram itu juga, Caprice memaklumkan akan memuat naik satu lagi pendedahan yang akan dibuat oleh Mondy.

Menerusi klip video tersebut juga, dipaparkan perbualan secara langsung di TikTok antara Mondy bersama Ustaz Ebit Lew dengan seorang pendakwah.

Dalam perbualan tersebut, Ustaz Ebit Lew mengatakan Mondy telah banyak belajar agama, solat dan mengaji dari isterinya. Walau bagaimanapun, Mondy menafikan kenyataan itu.

“Aku belum pernah bertemu dengan isterinya. Ini bukan fitnah, ini bukan cakap kosong. Satu masa nanti akan terbukti kebenarannya,” katanya.

Dalam pada itu juga, Caprice menyatakan akan memuat naik pendedahan Bahagian 2 dan Bahagian 3 dibuat oleh Mondy pada Jumaat ini.

Sumber: Caprice

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved