‘Kalau boleh dua, tiga minggu lepas kami nak kahwin’

Entertainment
10 Oct 2026 • 5:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Kalau boleh dua, tiga minggu lepas kami nak kahwin’

KUALA LUMPUR – Didakwa sudah berkahwin secara rahsia dengan usahawan Datuk Seri Vida (DSV), penyanyi Datuk Fazley Yaakob menafikan spekulasi yang hangat diperkatakan dalam media sosial.

Fazley atau nama penuhnya Ahmad Fadzli Yaakob, 48, berkata, dia dan DSV sepakat membina hidup bersama, sekali gus tiada sebab untuk menyembunyikan perkara baik terutama kepada peminat yang mendoakan hubungan mereka.

“Saya suka apabila hadir banyak kata-kata manis serta doa-doa positif kerana setiap perkataan yang baik merupakan satu doa.

“Tapi kalau ada yang cakap kata kami sudah berkahwin, jawapannya tidak benar. Kami belum jadi suami isteri, bertunang pun belum.

“Adakah kami bakal disatukan? Ya. Itu memang perjalanan, doa serta harapan kami berdua. Insya-Allah,” katanya selepas sidang media dan pelancaran Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 X Cuckootopia, semalam.

Mengakui sudah sedia bergelar suami dalam tempoh terdekat, Fazley bagaimanapun berkata, beberapa perkara perlu diselesaikan sekali gus membuatkan hajat berkenaan mengambil masa sebelum dapat direalisasikan.

“Kalau ikutkan, dua tiga minggu sebelum ini memang nak kahwin. Hati memang sudah sampai, tetapi ada proses yang perlu dilalui untuk menyatukan dua keluarga selain urusan dokumentasi.

“Lagipun yang nak kahwin bukan teruna dan dara, tetapi duda dan janda. Jadi, proses itu mengambil sedikit masa. Tunggu dan doakan yang terbaik,” katanya.

Menurut Fazley, dia dan Vida juga mahu memastikan setiap langkah menuju perkahwinan dilakukan mengikut adat Melayu sebelum mengumumkan pernikahan.

“Kami memang menjaga adat kerana kita ada orang tua dalam keluarga, baik pihak saya mahupun DSV. Bermakna, kami akan melalui proses merisik, bertunang sebelum nikah.

“Apabila masing-masing sudah punya anak-anak, kita berbincang secara telus. Pada saya adat Melayu perlu dipatuhi. Tidak boleh melangkau mana-mana proses. Ada perkara yang perlu kita hormati,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Kalau boleh dua, tiga minggu lepas kami nak kahwin’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved