“Kalau Boleh Setiap Hari Saya Nak ‘Try’ Ngorat Dia” – Hairul Azreen

LocalEntertainment
3 Dec 2024 • 6:18 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Hairul Azreen

Pasangan selebriti terkenal, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering kali mencuri perhatian netizen dengan keakraban dan cara mereka mendidik anak-anak. 

Namun, apa yang menarik perhatian kali ini adalah luahan hati Hairul terhadap isterinya yang cukup romantis dan menghiburkan.

“Saya adalah peminat Hanis Zalikha” – Hairul Azreen

@mingguanwanita

“Saya memang fans Hanis Zalikha, walaupun dah bertahun kahwin dan ada 2 anak, saya masih cuba setiap hari untuk mengorat dia” – @hairulazreen Hairul lagi pentingkan hubungan yang rapat dengan anak-anak dan isteri berbanding minat, sehingga sanggup berhenti berlakon untuk menyaksikan “progress” anak depan mata. Suka betul tengok hubungan mereka berdua, sweet!! #mingguanwanita #hairulazreen #haniszalikha #mwambiltahu

♬ original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok, Hairul mengakui yang dirinya mahu ‘mengorat’ Hanis walaupun mereka sudah mempunyai dua cahaya mata.

Kalau boleh setiap hari saya nak try ngorat dia walaupun dah ada dua anak. Saya memang suka Hanis dari dulu.

Luahan ini nyata membuat ramai peminat teruja dan kagum dengan cara Hairul mengekalkan kemesraan dalam hubungan mereka.

Mahu fokus pada keluarga

image is not available

Hairul turut berkongsi keputusan berhenti daripada dunia lakonan untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga, khususnya kepada anak-anak mereka.

Bila saya nampak anak membesar depan mata, saya gembira.

Keputusan ini menunjukkan betapa besarnya kasih sayang Hairul terhadap keluarganya dan betapa pentingnya nilai kebahagiaan bersama insan tersayang.

#OhmediaNasihat

Hubungan yang bahagia memerlukan usaha dari kedua-dua belah pihak. Luahan Hairul ini mengingatkan kita bahawa cinta tidak seharusnya terhenti selepas berkahwin. 

Teruskan usaha memikat pasangan walaupun sudah lama bersama, kerana itulah rahsia hubungan yang kekal harmoni.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Tiktok