‘Kalau boyfriend minta gambar, jangan bagi’ – Nasihat lama CEO Batu kembali tular

LocalFamily & Parenting
24 May 2025 • 11:58 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Nama pempengaruh media sosial, CEO Batu, terus menjadi perhatian selepas didakwa menghantar gambar tidak senonoh kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Di sebalik kontroversi yang sedang hangat diperkatakan, sebuah video lama memaparkan CEO Batu memberi nasihat kepada para peminatnya kembali mencuri perhatian di media sosial.

Video tersebut menunjukkan CEO Batu menasihati golongan remaja supaya fokus kepada pelajaran dan tidak terlibat dalam hubungan percintaan semasa masih bersekolah.

“Boyfriend minta gambar, jangan bagi. Jangan couple, dah habis sekolah nanti baru couple,” katanya dalam rakaman tersebut.

Nasihat itu yang pada asalnya dianggap sebagai peringatan berguna, kini dipersoalkan ramai susulan dakwaan serius yang timbul terhadap dirinya.

Sebelum ini, selebriti media sosial Caprice berkongsi tangkap layar mesej peribadi antara CEO Batu dan seorang remaja perempuan dikenali sebagai Isha. Difahamkan, perbualan itu bermula apabila Isha menghubungi CEO Batu untuk berkolaborasi dalam video TikTok.

Namun, komunikasi tersebut bertukar menjadi tidak selesa apabila CEO Batu didakwa menghantar gambar tidak senonoh kepada remaja terbabit. Tindakan itu mencetuskan kemarahan netizen, lebih-lebih lagi apabila dia dilaporkan merayu agar ibu mangsa tidak membuat laporan polis.

CEO Batu kemudian mengakui kesilapan yang berlaku dan mendakwa gambar tersebut dihantar secara tidak sengaja. Dia telah tampil menyerah diri kepada pihak berkuasa dan kini ditahan untuk membantu siasatan.

Kes masih dalam siasatan dan polis meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.