“Kalau Bukan Istimewa, Takkan Nak Kongsi Mangkuk Ramen!” – Team BASS

LocalEntertainment
25 Jun 2025 • 11:46 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia syed saddiq bella ramen

Team BASS kongsi apa hari ini? Satu klip video yang tular baru-baru ini menunjukkan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq bersama selebriti Bella Astillah berkongsi semangkuk ramen telah mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.

Video yang dimuat naik oleh Team Bass di TikTok itu memaparkan kedua-duanya menikmati ramen di sebuah kedai serbaneka.

“Dah Macam Lebih Dari Kawan…”- Netizen.

image is not available

Aksi santai mereka bukan saja mencuri perhatian, malah menimbulkan tanda tanya ramai netizen tentang status sebenar hubungan mereka.

Kalau bukan istimewa, aku tak sanggup nak kongsi makanan, lebih-lebih lagi kalau rakan sekerja berlainan jantina. Ini kira dah confirm lah kan?

Ada yang berpendapat, berkongsi makanan seperti itu sangat jarang dilakukan antara rakan sekerja biasa. Malah ramai turut mendoakan agar mereka segera mendirikan rumah tangga untuk elak sebarang fitnah.

Untuk rekod, hubungan rapat mereka mula jadi perhatian sejak projek mendaki Gunung Kinabalu bersama untuk promosi baju raya jenama tempatan.

Syed Saddiq kini bebas tuduhan mahkamah…

Dalam perkembangan terkini hari ini, Syed Saddiq diumumkan bebas daripada semua tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram selepas Mahkamah Rayuan membatalkan sabitan terhadapnya.

Ini sekaligus memberi nafas baru buat figura muda itu yang kini semakin aktif dalam pelbagai inisiatif belia dan sosial.

Pssttt! Kadang-kadang satu mangkuk ramen pun boleh bawa banyak spekulasi. Tapi biasalah, bila figura awam bergandingan, setiap gerak geri akan jadi perhatian. Apa pun, bila dua individu muda, aktif dan berpengaruh bekerjasama, kita harap yang baik-baik saja. Kalau betul ada jodoh, alhamdulillah. Kalau kawan saja pun, semoga terus beri inspirasi.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.